Friday 12 October 2012

Kontrak cinta

Views







Siapa yang ada lihat cekerama tv3 KONTRAK CINTA ni ?
nur tak lihat kat tv tapi nur menonton cerita tu download kat youtube  .  Bestnya~ cerita kontrak ini dilakonkan oleh fahrin Ahmad sebagai harris, Fasha sandra sebagai karmila, fizz fairus  sebagai  kawan kepada harris tu tadi dan fauziah nawi sebagai Datin mariam ( ibu harris ) dan zaidi omar sebagai  dato malik ( ayah harris ).


Tetapi harris tak nak kahwin juga, jadi sekawan datin tersebut mengatakan bahawa harris adalah seorang GAY . Ibunya mula risau dengan mimpinya. Terjaga datin dari tidur, lalu bangunkan suaminya hanya kerana nak bincangkan tentang mimpinya tadi. Yg lucunya, suaminya jawab dengan bunyi kentut ..“prooottt”dan berbincang di ruang tamu. Keesokan harinya, ibunya bertanya dengan harris samada harris GAY atau tidak.  Dari situlah, ayah harris ingin harris mencari wanita untuk dijadikan isterinya sebelum ibunya menjodohkan harris dengan sepupunya juliana dan sebagai bukti bahawa harris bukan seorang gay. Hehehe..

Pada hari itu, Karmila dan adiknya kehilangan seorang yang amat di cintai iaitu ibunya. Karmila seorang kakak yang bekerja sebagai senior chef dan berpelajaran.Setelah pemergian ibu dan ayahnya, karmila telah menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar dan karmila juga ingin pertahankan café arwah ibubapanya. Café tersebut amat bermakna buat karmila dan adiknya. Kerana café dibina dari ibubapa karmila bercinta hingga berkahwin dan sehingga sekarang. Disebabkan kewangan meleset sikit, karmila rancang ingin wat pinjaman untuk selamatkan cafenya dari dijual. Karmila pun buat proposal untuk meyakinkan agar proposalnya hendak loan tadi di terima tetapi, lain pulak jadinya. Harris ( CEO ) dan kawannya sedang berbual  tentang hendak mencari  pasangan tetapi masih lagi tidak menarik minat untuk harris terima kerana harris fobia dengan wanita . Harris takut dapat  isteri seperti perangai ibunya yang kuat pada pendiriannya.

Dari situ lah, harris mengambil keputusan untuk terima proposal karmila dengan satu  perjanjian , karmila mesti menyamar jadi teman wanita harris pada masa makan malam tersebut. Setelah Berjaya menyamar, harris akan uruskan hal skim loan karmila. Setelah kenal punya kenal. Harris minta tolong karmila menyamar lagi untuk jadi isterinya. Dalam kenalan, karmila seperti mempunyai harapan dan rasa sayang dekat harris. Dalam masa yang sama, harris juga berperasaan seperti apa yang dia rasakan.
Tetiba menyerang ke office harris kerana pinjaman loan nya di tolak kerana karmila dah jadi tunang kepada harris. Pada masa itu, mereka bertengkar dan membatalkan perkahwinan.  Tetapi karmila merasa sedih bukan kerana kehilangan pinjaman tetapi sedih kerana kehilangan harris. Harris juga duduk termenung, … lalu ayah harris cuba tenangkan fikiran harris dengan berbincang. Ayah harris berkenan dengan karmila. Dia suka harris berkahwin dengan karmila.

Part yang nur suka, semasa ayahnya ceritakan tentang hidupnya dekat harris. Ayahnya tahu, sikap ayahnya seperti takut bini agak tidak sesuai..lalu ayahnya berkata dekat harris..  “mengapa ayah sanggup  mengalah kerana mak harris sebab apa ayah memang cintakan mak harris..”. Dari situ, harris mula buka mata hati nak berbalik dengan karmila. Tetapi ayahnya suruh harris selesaikan dengan cara harris. Semasa perjumpaan dengan karmila, harris tunaikan balik loan karmila dengan wang nya. Dan harris jadi membatalkan loan nya. Pada masa tu, rupa karmila pun seperti redha dengan apa yang berlaku.  Kemudian harinya, selepas  karmila dan adiknya ambil loan dari bank. Ada seorang lelaki mengekori mereka dari belakang. Kemudian, karmila dan adiknya berpecah. Dalam perjalanan ke kereta, pencuri tersebut nak curi handbag karmila. Akibat mempertahankan handbag nya, karmila telah di cucuk dengan pisau. Pada masa itu juga, hari perkahwinan  harris. Perkahwinan itu pun terpaksa dibatalkan kerana harris mahukan karmila jadi isterinya. Di wad hospital, harris telah mengetahui bahawa karmila amat mencintainya harris setelah diberitahui oleh adik karmila. Harris jug menangis dan agak tak percaya yang mereka sama-sama saling mencintai dalam diam. Dari situ, harris ambil keputusan berjanji nak karmila jadi isterinya.
Setelah itu, …mereka pun kahwin . Karmila juga mengandung dan bahagia dengan keluarga barunya . Karmila dan adiknya gembira kerana mereka dapat pertahankan café ibubapanya dan teruskan bisnes cafenya. TAMAT~  hehhe



KONTRAK CINTA.. ?

Nur pandai tersenyum bila mengenang nama kontrak cinta. Sebelum nur  bertekul dengan sii dia, kami berdua pernah alami kontrak cinta di atas terpaksa kerana seseorang. Masa tu, masing-masing ada masalah dengan couple masing-masing. Nur break up dengan ex.bofren nur masa tu dan sii dia pun break up dengan ex.gelfren dia juga. Hurmm.. cam pelik jer..sama jer..  Dari kawan ke kontrak cinta, dari kontrak cinta ke break up. Dari break up kami mula lagi dengan ber-couple. Dan sekarang, dari ber-couple ke di reserve ( bertekul / dirisik ).. Then next, nur hope ke jinjang pelamin dan seterusnya.. insya’allah.. <(^_^)>







Di bawah ni, ada FULL MOVIE 
" Kontrak Cinta "




music yg dimainkan:

Pemain Cinta (
Hanya inginkan kau tahu ( Republic )
Bukan Cinta biasa ( Afgan )
Berganti Hati ( Anggun )
















No comments:

Post a Comment