Friday 12 October 2012

Hari ke-100 nenek tersayang~

Views








Mak nur kata, hari ni adalah hari ke-100 arwah nenek nur meninggalkan dunia 13.10.2012. Arwah nenek meninggal pada 5 julai 2012. Bila di kenang balik macam tak percaya je nenek dah takde.. Last nur berjumpa dengan nenek sebelum nur balik ke kuching. Bakal tunang nur pun sempat berjumpa dan kami bersembang dengan happy nya. Arwah nenek nampak macam sihat je masa tu. Sempat buat cerita lawak. cuma penglihatan aje dah tak nampak. Nur masih teringat, nur pergi hantar makanan kat nenek. Nur masih ingat, masa kami tak ada makanan sedap nak di masak. Nur cuma mampu goreng ikan dan telur je untuk arwah. Kesiannya. serba salah rasanya, nak buat macam mana masa itu, itu je yang termampu. Takpe, janji nenek makan dan tak lapar. Semasa arwah tidur di rumah nur.. nenek selalu bangun tengah malam, cari makanan.. dia lapar. Nur temankan.. Rindu..

..........sampai hari ini. Adik bongsu nur tak abis-abis sebut nama arwah nenek. Dalam sehari tak sah kalau tak sebut nama arwah dengan panggilan " nek sen " . Ermm..Nur sedih sangat, sebab nur tak sempat jumpa arwah pada saat akhirnya. Mak ada cakap, semasa di wad hospital. Nenek aktif bergurau. Sempat lagi nak minta makan dari masakan anaknya. Dekat mak nur, nenek nak makan sayur lobak putih dan sup ayam. Dia minta sikit aje , janji tercapai niat nak makan katanya. Dekat mak ngah nur, dia nak makan bubur. Dia suka makan bubur mak ngah. Yang lain nur tak ingat. Mak nur sedih sebab tak dapat tunaikan apa yang di pinta oleh nenek. Mak nur ada kata, nenek ada berkata " masa ku dah mok dekat dah tok " ..  makin sebak rasa hati. Nur berada di kuching dah risau. Mak nur call, dia kata nenek sakit. Pastu babah lagi call, dia suruh nur balik dengan kak eja ( sepupu ). Dah nur nak mandi, ada call lagi dari mak. Mak kata " nenek dah sik ada.." aku pun terkejut... terdiam..

Innalillahi wa'inalillahirojiun....

Nur mandi pun entah mandi apa lah masa tu, sebab nak cepat. Beli tiket pun emergency guna duit cousin 3 ratus lebih...  Mahalnya. Tapi takpe, janji cepat sampai miri. Start nur balik, nur terus gi umah mak ngah gi tahlil arwah. Dari situ, babah nur baru merasa seperti apa yang mak rasa. sama-sama dah jadi anak yatim.  Nur terfikir juga, suatu hari nanti, kalau ada ahli keluarga nur meninggal. Siapalah yang nak mandikan. Nur mahu belajar mandikan jenazah tapi nur tak tahu nak belajar dengan siapa. Sebab nur tidak berapa mesra dengan orang.. ruginya. Insya'allah nur akan belajar juga cara mandi dan solat jenazah.... Rindu dengan nenek yang berjanggut panjang berwarna putih berikat dengan getah dan berkain sarung dan bertongkat. Rindu nak mendengar cerita kisah-kisahnya,, walau apa pun, semoga arwah nenek tenang di sana dan dipermudahkan urusan akhiratnya. Amin. Kami sentiasa merindu mu dan sentiasa mendoakan mu tenang di sana..~

ini perkuburan arwah nenek nur.



.


Kontrak cinta

Views







Siapa yang ada lihat cekerama tv3 KONTRAK CINTA ni ?
nur tak lihat kat tv tapi nur menonton cerita tu download kat youtube  .  Bestnya~ cerita kontrak ini dilakonkan oleh fahrin Ahmad sebagai harris, Fasha sandra sebagai karmila, fizz fairus  sebagai  kawan kepada harris tu tadi dan fauziah nawi sebagai Datin mariam ( ibu harris ) dan zaidi omar sebagai  dato malik ( ayah harris ).


Tetapi harris tak nak kahwin juga, jadi sekawan datin tersebut mengatakan bahawa harris adalah seorang GAY . Ibunya mula risau dengan mimpinya. Terjaga datin dari tidur, lalu bangunkan suaminya hanya kerana nak bincangkan tentang mimpinya tadi. Yg lucunya, suaminya jawab dengan bunyi kentut ..“prooottt”dan berbincang di ruang tamu. Keesokan harinya, ibunya bertanya dengan harris samada harris GAY atau tidak.  Dari situlah, ayah harris ingin harris mencari wanita untuk dijadikan isterinya sebelum ibunya menjodohkan harris dengan sepupunya juliana dan sebagai bukti bahawa harris bukan seorang gay. Hehehe..

Pada hari itu, Karmila dan adiknya kehilangan seorang yang amat di cintai iaitu ibunya. Karmila seorang kakak yang bekerja sebagai senior chef dan berpelajaran.Setelah pemergian ibu dan ayahnya, karmila telah menanggung perbelanjaan adiknya yang masih belajar dan karmila juga ingin pertahankan café arwah ibubapanya. Café tersebut amat bermakna buat karmila dan adiknya. Kerana café dibina dari ibubapa karmila bercinta hingga berkahwin dan sehingga sekarang. Disebabkan kewangan meleset sikit, karmila rancang ingin wat pinjaman untuk selamatkan cafenya dari dijual. Karmila pun buat proposal untuk meyakinkan agar proposalnya hendak loan tadi di terima tetapi, lain pulak jadinya. Harris ( CEO ) dan kawannya sedang berbual  tentang hendak mencari  pasangan tetapi masih lagi tidak menarik minat untuk harris terima kerana harris fobia dengan wanita . Harris takut dapat  isteri seperti perangai ibunya yang kuat pada pendiriannya.

Dari situ lah, harris mengambil keputusan untuk terima proposal karmila dengan satu  perjanjian , karmila mesti menyamar jadi teman wanita harris pada masa makan malam tersebut. Setelah Berjaya menyamar, harris akan uruskan hal skim loan karmila. Setelah kenal punya kenal. Harris minta tolong karmila menyamar lagi untuk jadi isterinya. Dalam kenalan, karmila seperti mempunyai harapan dan rasa sayang dekat harris. Dalam masa yang sama, harris juga berperasaan seperti apa yang dia rasakan.
Tetiba menyerang ke office harris kerana pinjaman loan nya di tolak kerana karmila dah jadi tunang kepada harris. Pada masa itu, mereka bertengkar dan membatalkan perkahwinan.  Tetapi karmila merasa sedih bukan kerana kehilangan pinjaman tetapi sedih kerana kehilangan harris. Harris juga duduk termenung, … lalu ayah harris cuba tenangkan fikiran harris dengan berbincang. Ayah harris berkenan dengan karmila. Dia suka harris berkahwin dengan karmila.

Part yang nur suka, semasa ayahnya ceritakan tentang hidupnya dekat harris. Ayahnya tahu, sikap ayahnya seperti takut bini agak tidak sesuai..lalu ayahnya berkata dekat harris..  “mengapa ayah sanggup  mengalah kerana mak harris sebab apa ayah memang cintakan mak harris..”. Dari situ, harris mula buka mata hati nak berbalik dengan karmila. Tetapi ayahnya suruh harris selesaikan dengan cara harris. Semasa perjumpaan dengan karmila, harris tunaikan balik loan karmila dengan wang nya. Dan harris jadi membatalkan loan nya. Pada masa tu, rupa karmila pun seperti redha dengan apa yang berlaku.  Kemudian harinya, selepas  karmila dan adiknya ambil loan dari bank. Ada seorang lelaki mengekori mereka dari belakang. Kemudian, karmila dan adiknya berpecah. Dalam perjalanan ke kereta, pencuri tersebut nak curi handbag karmila. Akibat mempertahankan handbag nya, karmila telah di cucuk dengan pisau. Pada masa itu juga, hari perkahwinan  harris. Perkahwinan itu pun terpaksa dibatalkan kerana harris mahukan karmila jadi isterinya. Di wad hospital, harris telah mengetahui bahawa karmila amat mencintainya harris setelah diberitahui oleh adik karmila. Harris jug menangis dan agak tak percaya yang mereka sama-sama saling mencintai dalam diam. Dari situ, harris ambil keputusan berjanji nak karmila jadi isterinya.
Setelah itu, …mereka pun kahwin . Karmila juga mengandung dan bahagia dengan keluarga barunya . Karmila dan adiknya gembira kerana mereka dapat pertahankan café ibubapanya dan teruskan bisnes cafenya. TAMAT~  hehhe



KONTRAK CINTA.. ?

Nur pandai tersenyum bila mengenang nama kontrak cinta. Sebelum nur  bertekul dengan sii dia, kami berdua pernah alami kontrak cinta di atas terpaksa kerana seseorang. Masa tu, masing-masing ada masalah dengan couple masing-masing. Nur break up dengan ex.bofren nur masa tu dan sii dia pun break up dengan ex.gelfren dia juga. Hurmm.. cam pelik jer..sama jer..  Dari kawan ke kontrak cinta, dari kontrak cinta ke break up. Dari break up kami mula lagi dengan ber-couple. Dan sekarang, dari ber-couple ke di reserve ( bertekul / dirisik ).. Then next, nur hope ke jinjang pelamin dan seterusnya.. insya’allah.. <(^_^)>







Di bawah ni, ada FULL MOVIE 
" Kontrak Cinta "




music yg dimainkan:

Pemain Cinta (
Hanya inginkan kau tahu ( Republic )
Bukan Cinta biasa ( Afgan )
Berganti Hati ( Anggun )
















KESILAPAN si montel DALAM BERDIET

Views




Bagi seseorang yang bertubuh montel tentu pernah berasa bengang setelah berjuang  melakukan diet, tetapi berat badan tetap juga “maintain”  tak turun. Semuanya ini disebabkan adanya kesalahan yang sering kali tanpa sedari dalam menjalankan proses diet. Akibatnya, berat badan  berada di dalam posisi yang tidak stabil dan lebih mudah untuk kamu mengalami kenaikan berat badan.  Dengan itu, berikut merupakan kesalahan dalam diet yang sering dilakukan ;

1.       Mengurangi jumlah makan, bukan kekerapan makan.

Perkara ini sering kali dilakukan oleh para pelaku diet, dengan melepasi salah satu jam makan seperti sarapan atau makan malam. Padahal sarapan penting sebagai energy utama untuk melakukan aktiviti sepanjang hari dan dihindari pengambilan gula atau lemak berlebihan di saat lapar. Lagipun makan secara teratur sekurang-kurangnya 3 hari sehari akan meningkatkan metabolism tubuh yang membantu mengurangi berat badan kerana proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah. Ia berbeza saat tubuh dalam keadaan lapar, dimana metabolism secara semula jadi akan turun.

2.       Diet yang mengehadkan pengambilan makanan tertentu
Diet yang menyarankan untuk tidak makan karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil sayur-sayuran sahaja tidak baik untuk kesihatan, kerana keperluan tubuh memerlukan vitamin dan mineral saja tidak mencukupi,terutamanya pada usia masih remaja. Tubuh masih memerlukan pengambilan kalori dan nutrient yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada makanan yang berlemak sama sekali.

3.       Kalori terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, sedangkan lelaki hanya memerlukan sekitar 2500 kalori. Apabila kalori yang masuk dihadkan hingga sekitar 1000 kalori atau kurang, ia akan menyebabkan rendahnya metabolism tubuh dan kamu mungkin akan mengalami anemia.

4.       Tidak berolahraga
Berolahraga atau bersenam boleh meningkatkan metabolism tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, malahan berat badan pun akan  menjadi lebih cepat turun. Jika tidak bersenam, sia-sia lah berdiet sehari tapi tetap maintain. Kena usaha lebih jika ingin kurang berat badan… J

5.       Pengambilan salad
Pengambilan salad memang baik, namun patut diingatkan bahawa “mayonnaise” yang menyertai salad juga mengandungi lemak yang cukup tinggi.

6.       Tidak Minum Susu
Pengambilan susu setiap hari tetap diperlukan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang dan melengkapi nutrient tubuh.

7.       Berat Badan turun drastik
Sebaiknya berat badan turun tidak lebih dari 1 hingga 2 kg dalam seminggu kerana dapat menimbulkan komplikasi kesihatan yang lain, seperti hati dan ginjal, yang dipaksa untuk bekerja lebih keras untuk menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Situasi ini boleh mengganggu kesihatan kamu.



















TAHUKAH KAMU ? Wanita….

Views









o   TAHUKAH KAMU ? Wanita….


*      Bila seorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

*      Bila seorang perempuan tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

*      Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai perempuan yang patah hati bila hungan mereka putus di tengah jalan )

*      Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

*      Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat ~ J

*      Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

*      Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, Tolak cintanya dengan lembut, Jangan berkasar sbeab ada satu semangat dalam diri perempuan yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

*      Sekiranya seorang gadis mula menjauhi diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

*      Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa. Dari segi muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

*      Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tak berguna.





















TAHUKAH KAMU ?? Lelaki….

Views



TAHUKAH KAMU ?? Lelaki….





  
Ø  Kemeja lelaki mempunyai butang di bahagian kanan, manala kemeja wanita mempunyai butang di bahagian   kiri.

Ø     Pada usia tua, wanita mengalami pencambahan rambut. Manakala pada usia yang sama lelaki mengalami masalah kebotakan. Masalah ini berlaku disebabkan produksi berlebihan dari hormone androgen.

Ø    Wanita menghasilkan 2 juta sel telur selama hidupnya sejak dari usia 4 bulan ketika di dalam kandungan la Manakala lelaki akan terus menghasilkan sperma sehinggalah usianya meningkat tua.

Ø     Lelaki sering memikirkan tentang gadis yang meminati mereka tetapi ini tidak bererti mereka meminati gadis berkenaan.

Ø    Kaum lelaki sangat sayangkan ibu mereka.

Ø     Fantasi kaum lelaki tiada hadnya.

Ø  Tinggi pasangan mereka lelaki tidak penting bagi lelaki tetapi berat badan yang menjadi ukuran.

Ø     Lelaki jarang membuat keputusan muktamad.

Ø    Lelaki tidak memilih rupa paras dalam mencari teman wanita, tetapi kekemasan serta pandai membawa diri menjadi ukuran utama dalam mencari pasangan.

Ø   Lelaki sering kali mencari barang permainan contoh patung atau dan lain-lain serta barangan yang mungkin menarik  minat kaum wanita tetapi malang nya mereka sering kali tersalah dalam memilih barang yang diidamkan.

Ø Menurut kajian 18-25% lelaki mengaku pernah membayangkan hari pernikahannya.

Ø     Rata-rata lelaki menonton televisyen selama 90 minit dalam sehari.

Ø    Lelaki lebih senang menjadi perokok berbanding wanita. Lelaki menghisap rokok sekurang-kurangnya 15 batang rokok sehari.

Ø    25% perokok lelaki baru dapat berhenti merokok setelah mencubanya sebanyak empat kali.

Ø   Lelaki sanggup buat apa saja dengan orang yang dia cintai dan sayang.. Lelaki terkini ramai yang pandai memasak daripada wanita. ( ok lah tu ) hehe