Friday 12 October 2012

KESILAPAN si montel DALAM BERDIET

Views




Bagi seseorang yang bertubuh montel tentu pernah berasa bengang setelah berjuang  melakukan diet, tetapi berat badan tetap juga “maintain”  tak turun. Semuanya ini disebabkan adanya kesalahan yang sering kali tanpa sedari dalam menjalankan proses diet. Akibatnya, berat badan  berada di dalam posisi yang tidak stabil dan lebih mudah untuk kamu mengalami kenaikan berat badan.  Dengan itu, berikut merupakan kesalahan dalam diet yang sering dilakukan ;

1.       Mengurangi jumlah makan, bukan kekerapan makan.

Perkara ini sering kali dilakukan oleh para pelaku diet, dengan melepasi salah satu jam makan seperti sarapan atau makan malam. Padahal sarapan penting sebagai energy utama untuk melakukan aktiviti sepanjang hari dan dihindari pengambilan gula atau lemak berlebihan di saat lapar. Lagipun makan secara teratur sekurang-kurangnya 3 hari sehari akan meningkatkan metabolism tubuh yang membantu mengurangi berat badan kerana proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah. Ia berbeza saat tubuh dalam keadaan lapar, dimana metabolism secara semula jadi akan turun.

2.       Diet yang mengehadkan pengambilan makanan tertentu
Diet yang menyarankan untuk tidak makan karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil sayur-sayuran sahaja tidak baik untuk kesihatan, kerana keperluan tubuh memerlukan vitamin dan mineral saja tidak mencukupi,terutamanya pada usia masih remaja. Tubuh masih memerlukan pengambilan kalori dan nutrient yang seimbang untuk menjaga kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada makanan yang berlemak sama sekali.

3.       Kalori terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, sedangkan lelaki hanya memerlukan sekitar 2500 kalori. Apabila kalori yang masuk dihadkan hingga sekitar 1000 kalori atau kurang, ia akan menyebabkan rendahnya metabolism tubuh dan kamu mungkin akan mengalami anemia.

4.       Tidak berolahraga
Berolahraga atau bersenam boleh meningkatkan metabolism tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, malahan berat badan pun akan  menjadi lebih cepat turun. Jika tidak bersenam, sia-sia lah berdiet sehari tapi tetap maintain. Kena usaha lebih jika ingin kurang berat badan… J

5.       Pengambilan salad
Pengambilan salad memang baik, namun patut diingatkan bahawa “mayonnaise” yang menyertai salad juga mengandungi lemak yang cukup tinggi.

6.       Tidak Minum Susu
Pengambilan susu setiap hari tetap diperlukan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang dan melengkapi nutrient tubuh.

7.       Berat Badan turun drastik
Sebaiknya berat badan turun tidak lebih dari 1 hingga 2 kg dalam seminggu kerana dapat menimbulkan komplikasi kesihatan yang lain, seperti hati dan ginjal, yang dipaksa untuk bekerja lebih keras untuk menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Situasi ini boleh mengganggu kesihatan kamu.



















No comments:

Post a Comment