Wednesday 26 September 2012

Program Khidmat masyarakat : Keluarga Angkat di kampung buntal :)

Views








            Hi, entry nur kali ni berkaitan dengan aktiviti program khidmat masyarakat untuk keluarga angkat dikampung Buntal kuching, sarawak. Sebelum nur ceritakan aktiviti yang dilakukan, nur nak cecite juga tentang sejarah latarbelakang kampung buntal ni. Kampung buntal merupakan sebuah kampung nelayan yang telah dibuka kira-kira 300 tahun dahulu. Orang pertama yang mendiami kampung Buntal ini ialah "Datuk Tanggak". Beliau telah membawa keluarganya berpindah ke kampung buntal memandangkan lokasi di situ agak sesuai untuk dijadikan tempat perhentian semasa menangkap ikan. Dengan itu, kampung tersebut pada masa itu terkenal dengan ikan buntal yang banyak terdapat di dalam sungai tersebut sehingga kampung tersebut di gelar sebagai kampung buntal. Kampung buntal juga merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak di dalam daerah kuching dan berdekatan dengan Gunung Santubong dan kampung Budaya Sarawak. Jarak antara kampung buntal dan bandaraya kuching lebih kurang 27km dengan menggunakan kemudahan jalan raya. Oleh kerana kampung tersebut famous dengan para nelayan, maka di situ juga mempunyai pusat makanan laut dan terdapat beberapa produk yang dihasilkan oleh penduduk tempatan antaranya Belacan, Ikan kering dan kek Lapis sarawak. 



Kat sini nur ada pergi, makanan laut mudah didapati di sini. Aritu mak angkat nur beli kepah kerang disini. 1st time makan masakan orang sana, fuhhh syokkkk derr. tapi gambar di foto tu tiada kaitan dengan nur. Ambik dari google jer. Masa tu nur tak bawa camera. hu-hu-hu :P

 
Berikut merupakan restaurants seafood di kampung Buntal. Jangan lihat luaran, lihat dalamannya. Makanan sodapp ... seafood gitu. Nyamm nyamm.. jemput makan yer. hehe


Amboihhhh... ! seronok-ronok nur cecite tentang kampung buntal hampir ter-Skip cecite tentang keluarga angkat pulak hehehe.. Okehh ! Okehh ! Berbalik cecite program khidmat masyarakat tu pula. Program tu di anjur oleh Kolej PTPL kuching pada (13-14.03.2011). Lama dah tu,tapi nur nak cite jugak. huiihuiihuii.. Program tersebut selama 2 hari 1 malam jer. Oleh kerana masa begitu singkat, jadi aktiviti pun perlu segera dilaksanakan. Setelah sampai ke pintu gerbang " signboard selamat datang kampung buntal " tu tadi. Kami pun turun membawa bagasi berharta karun baju, sloa, alat mandi dan sebagainya. Berat tauk sik. ! heehehe . kemudian kami pun singgah ke dewan, untuk taklimat dan tunggu untuk keluarga angkat dan pensyarah tetapkan dengan siapa bakal kami menetap nanti. Dengan itu, keputusan sudah di tangan juri  pensyarah. Nur dan kawan-kawan nur bernama devira , mia dan entah x ingat nama seorang amoi tu. Kami yang dipanggil tadi diserahkan kepada makcik Raniah. Dia lah ibu angkat nur.... dan yang lain pula di serahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Dia adalah seorang ibu berjaya. Bukan berjaya dari segi keusahawan. Maksud nur, dia berjaya didik anak mereka hingga belajar tinggi-tinggi bermula dari kehidupan susah , anak ramai tapi makan apa adanya dan setiap anak kena bersabar sebab setiap tahun mesti ada anak yang tak berganti barang sekolah. Faham lah ekonomi masa tu tapi ikhtiar mereka membangkit diri mereka ke arah anjakan paradiqma. Tengok lah hasilnya... Allah memberkati segala kesabarannya. Kejayaan anaknya juga membanggakan dirinya. Bukan saja di dunia di akhirat juga penting tauu.. :)

Setelah itu, kami pun pulang ke rumah mak Raniah. Rumahnya cukup di kenali bagi setiap pelancong atau anak angkatnya yang lain sebab rumah nya juga dikenali sebagai homestay. 1st time nur tinggal homestay rasa macam rumah sendiri jer.. layanan mereka seperti keluarga benar . Abang dan kakak masa tu sangatlah sporting. Seronoknya.. 

Inilah rumah yang dikatakan tu...


            
Inilah tempat kami berempat melahap makan. Best ~ ~

  
Inilah suasana ruang tamu Homestay tersebut. 

Hahh ! tengok homestay mak angkat nur dah macam bilik pengantin. Bestnya kawan nur sii devira dan mia dapat melelap mata dibilik serba indah ini.... 

Then, inilah bilik nur dan amoi itu beradu.. Nur tidur dikatil warna pink bunga-bunga tu. Aduihh.. selesa abis. Tak perlu la check-in hotel, sini pun best...  

Paling nur Rindu, nur rindu dengan family dan seafood yang di masak diaorang. Sedap pehh.. sakai betuii nur. hehehe.. 1st time bah, alamak kejutan budaya jer rupa nur. Bukan apa, nur jarang merasa hidup di kampung yang ada laut... nelayan... nur tak pernah rasa kasih sayang abang dan kakak sebab nur pun seorang kakak juga. Jadi, keluarga tersebut telah membuat diri nur merinduiii mereka... *Agak emosi sikit nur nak cecite sal tu... HUShhhh  Y(^_^)Y

inilah kakak Temah. Dia seorang yang baik hati dan peramah.

asyik-asyik nur cecite out topic.   Maaf, berbalik sal aktiviti tu tadi. Hari pertama kami, ada gotong royong di kampung tersebut. Nur and the geng gotong -royong kat masjid yang berdekatan. Cuma sapu-sapu daun sekitar masjid dan cuci perkakas dapur di masjid tu. 


Selepas gotong-royong, kami pun ber-group ada jungle tracking menuju ke laut. 

Pasukan baju blue-blue. Belakang tu gunung santubong. Ada tak seperti muka orang. Tapi kalau nak cecite sal dua-dua gunung tu, nak Updates lain entry la jawab nya hehehehe..

Wahh.. sedang control berposing di tengah lautan sementara ombak rindu  masih jauhh nun di sinun.

Selepas seronok berposing di lautan, kami pun balik... Entah apa lah abang angkat kami bawa kami pergi jalan-jalan guna kereta. Kami pergi ke kampung itu. Nur pun tak ingat apa nama kampung tu. Tapi yang pasti dari lokasi situ boleh lihat panjang-lebar-tinggi Gunung santubong dan lain-lain gunung. Sementara itu mata liar memandang penduduk di situ. Al-maklum la, saya tak pernah pergi ke tempat tu. hhuuhuhu... sepanjang perjalanan balik, abang tu cerita lah tentang dirinya dan tentang apa yang ada di tempat tu. Shiokkk la dengar. Tapi yang tak shiokk nya, BAUan semakin hangat di dalam aircond kereta abang tu. Agak kurang selesa. Takpe. Abang tu pasti faham......

Mereka juga keluarga angkat nur. Tapi agak jarang berkomunikasi. Takper.. rindu korang ^^.

Aktiviti malam kami masa tu, Ada BBQ dan karokae di dewan yang berdekatan. Entah apa lah nur pakai malam tu sampai ada orang suka... Maaf,saya dah berpunya... ( kalau tunang nur tahu, confirm sedih dia dengar kikihhhs :P )  Oleh kerana tu malam terakhir, nur pun menikmat suasana malam di kampung buntal, best... 

acara memerdukan suara. Asah bakat. kokae kokae time :P


................................................................................................................................................


LAST DAY di kampung buntal. 

Aktiviti kami masa tu, mencari penderma darah di setiap rumah ke rumah berpanas... Takper. Usaha tangga kejayaan !

Alahhh siann kawan nur, muka sayu jer masa check darah hhehee. TAKOtt kerr ?? :p

Ada yang menderma darah dengan keikhlasan hati. 

Di samping, para penderma tengah menderma. Pensyarah kami sir joss agak pun ada buat ceramah buat ibubapa dan budak-budak sekolah disana. Respons agak baik dr kanak-kanak tu. Semua ada cita-cita tersendiri. Bagoosss ! Bagoosssss ! begitu la generasi terbaikkk (^.^)?

Kami sedang bergambar dengan staff hospital dan penduduk yang dapat bantuan dari kami. 

Lastly, sebelum bersurai.. Agak berat rasa hati nak chow dari kampung tu. Rasa macam sekejap tapi banyak kenangan di perolehi. Takper, bak kata adek miasara dalam cerita sekali lagi " kalau ada jodoh, kita jumpa lagi..... "


Banyak sungguhlah cecite dari nur. Inilah kenangan nur di kampung tersebut. Walaupun sekejap tapi dah cukup memadai rasa untuk kita merasai tempat orang. Agak seronok. sesiapa yang nak melancong, sekali-sekali singgah lah dikampung buntal. Kalau nur nak cerita pasal lagenda di sana, tak cukup pages blog ni. Lain kali la nur story eyh.. apa-apa pun. THANK YOU sebab sudi baca pengalaman nur dan singgah sahur   baca entry nur. Baiklah. kbaiii :)

SAYA ADA KELUARGA ANGKAT ! Yeahh.. ! yeahh ! \(>.<)/





  

No comments:

Post a Comment