Siapa yang ada lihat cekerama tv3 KONTRAK CINTA ni ?
nur tak lihat kat tv tapi nur menonton cerita tu download kat youtube . Bestnya~ cerita kontrak ini dilakonkan oleh
fahrin Ahmad sebagai harris, Fasha sandra
sebagai karmila, fizz fairus sebagai
kawan kepada harris tu tadi dan fauziah nawi sebagai Datin mariam ( ibu harris ) dan zaidi
omar sebagai dato malik ( ayah harris ).
Tetapi harris tak nak kahwin juga, jadi sekawan datin
tersebut mengatakan bahawa harris adalah seorang GAY . Ibunya mula risau dengan
mimpinya. Terjaga datin dari tidur, lalu bangunkan suaminya hanya kerana nak
bincangkan tentang mimpinya tadi. Yg lucunya, suaminya jawab dengan bunyi kentut
..“prooottt”dan berbincang di ruang tamu. Keesokan harinya, ibunya bertanya
dengan harris samada harris GAY atau tidak.
Dari situlah, ayah harris ingin harris mencari wanita untuk dijadikan
isterinya sebelum ibunya menjodohkan harris dengan sepupunya juliana dan
sebagai bukti bahawa harris bukan seorang gay. Hehehe..
Pada hari itu, Karmila dan adiknya kehilangan seorang yang
amat di cintai iaitu ibunya. Karmila seorang kakak yang bekerja sebagai senior chef dan berpelajaran.Setelah
pemergian ibu dan ayahnya, karmila telah menanggung perbelanjaan adiknya yang
masih belajar dan karmila juga ingin pertahankan café arwah ibubapanya. Café tersebut
amat bermakna buat karmila dan adiknya. Kerana café dibina dari ibubapa karmila
bercinta hingga berkahwin dan sehingga sekarang. Disebabkan kewangan meleset
sikit, karmila rancang ingin wat pinjaman untuk selamatkan cafenya dari dijual.
Karmila pun buat proposal untuk meyakinkan agar proposalnya hendak loan tadi di
terima tetapi, lain pulak jadinya. Harris ( CEO ) dan kawannya sedang berbual tentang hendak mencari pasangan tetapi masih lagi tidak menarik
minat untuk harris terima kerana harris fobia dengan wanita . Harris takut
dapat isteri seperti perangai ibunya
yang kuat pada pendiriannya.
Dari situ lah, harris mengambil keputusan untuk terima
proposal karmila dengan satu perjanjian
, karmila mesti menyamar jadi teman wanita harris pada masa makan malam
tersebut. Setelah Berjaya menyamar, harris akan uruskan hal skim loan karmila. Setelah
kenal punya kenal. Harris minta tolong karmila menyamar lagi untuk jadi
isterinya. Dalam kenalan, karmila seperti mempunyai harapan dan rasa sayang dekat
harris. Dalam masa yang sama, harris juga berperasaan seperti apa yang dia
rasakan.
Tetiba menyerang ke office harris kerana pinjaman loan nya
di tolak kerana karmila dah jadi tunang kepada harris. Pada masa itu, mereka
bertengkar dan membatalkan perkahwinan.
Tetapi karmila merasa sedih bukan kerana kehilangan pinjaman tetapi
sedih kerana kehilangan harris. Harris juga duduk termenung, … lalu ayah harris
cuba tenangkan fikiran harris dengan berbincang. Ayah harris berkenan dengan
karmila. Dia suka harris berkahwin dengan karmila.
Part yang nur suka, semasa ayahnya ceritakan tentang
hidupnya dekat harris. Ayahnya tahu, sikap ayahnya seperti takut bini agak
tidak sesuai..lalu ayahnya berkata dekat harris.. “mengapa ayah sanggup mengalah kerana mak harris sebab apa ayah memang cintakan mak harris..”.
Dari situ, harris mula buka mata hati nak berbalik dengan karmila. Tetapi
ayahnya suruh harris selesaikan dengan cara harris. Semasa perjumpaan dengan
karmila, harris tunaikan balik loan karmila dengan wang nya. Dan harris jadi
membatalkan loan nya. Pada masa tu, rupa karmila pun seperti redha dengan apa
yang berlaku. Kemudian harinya,
selepas karmila dan adiknya ambil loan
dari bank. Ada seorang lelaki mengekori mereka dari belakang. Kemudian, karmila
dan adiknya berpecah. Dalam perjalanan ke kereta, pencuri tersebut nak curi
handbag karmila. Akibat mempertahankan handbag nya, karmila telah di cucuk
dengan pisau. Pada masa itu juga, hari perkahwinan harris. Perkahwinan itu pun terpaksa dibatalkan
kerana harris mahukan karmila jadi isterinya. Di wad hospital, harris telah
mengetahui bahawa karmila amat mencintainya harris setelah diberitahui oleh
adik karmila. Harris jug menangis dan agak tak percaya yang mereka sama-sama
saling mencintai dalam diam. Dari situ, harris ambil keputusan berjanji nak
karmila jadi isterinya.
Setelah itu, …mereka pun kahwin . Karmila juga mengandung
dan bahagia dengan keluarga barunya . Karmila dan adiknya gembira kerana mereka
dapat pertahankan café ibubapanya dan teruskan bisnes cafenya. TAMAT~ hehhe
KONTRAK CINTA.. ?
Nur pandai tersenyum bila mengenang nama kontrak cinta.
Sebelum nur bertekul dengan sii dia,
kami berdua pernah alami kontrak cinta di atas terpaksa kerana seseorang. Masa
tu, masing-masing ada masalah dengan couple masing-masing. Nur break up dengan
ex.bofren nur masa tu dan sii dia pun break up dengan ex.gelfren dia juga. Hurmm..
cam pelik jer..sama jer.. Dari kawan ke
kontrak cinta, dari kontrak cinta ke break up. Dari break up kami mula lagi
dengan ber-couple. Dan sekarang, dari
ber-couple ke di reserve ( bertekul /
dirisik ).. Then next, nur hope ke jinjang pelamin dan seterusnya.. insya’allah..
<(^_^)>
No comments:
Post a Comment