Friday, 12 October 2012

Hari ke-100 nenek tersayang~

Views








Mak nur kata, hari ni adalah hari ke-100 arwah nenek nur meninggalkan dunia 13.10.2012. Arwah nenek meninggal pada 5 julai 2012. Bila di kenang balik macam tak percaya je nenek dah takde.. Last nur berjumpa dengan nenek sebelum nur balik ke kuching. Bakal tunang nur pun sempat berjumpa dan kami bersembang dengan happy nya. Arwah nenek nampak macam sihat je masa tu. Sempat buat cerita lawak. cuma penglihatan aje dah tak nampak. Nur masih teringat, nur pergi hantar makanan kat nenek. Nur masih ingat, masa kami tak ada makanan sedap nak di masak. Nur cuma mampu goreng ikan dan telur je untuk arwah. Kesiannya. serba salah rasanya, nak buat macam mana masa itu, itu je yang termampu. Takpe, janji nenek makan dan tak lapar. Semasa arwah tidur di rumah nur.. nenek selalu bangun tengah malam, cari makanan.. dia lapar. Nur temankan.. Rindu..

..........sampai hari ini. Adik bongsu nur tak abis-abis sebut nama arwah nenek. Dalam sehari tak sah kalau tak sebut nama arwah dengan panggilan " nek sen " . Ermm..Nur sedih sangat, sebab nur tak sempat jumpa arwah pada saat akhirnya. Mak ada cakap, semasa di wad hospital. Nenek aktif bergurau. Sempat lagi nak minta makan dari masakan anaknya. Dekat mak nur, nenek nak makan sayur lobak putih dan sup ayam. Dia minta sikit aje , janji tercapai niat nak makan katanya. Dekat mak ngah nur, dia nak makan bubur. Dia suka makan bubur mak ngah. Yang lain nur tak ingat. Mak nur sedih sebab tak dapat tunaikan apa yang di pinta oleh nenek. Mak nur ada kata, nenek ada berkata " masa ku dah mok dekat dah tok " ..  makin sebak rasa hati. Nur berada di kuching dah risau. Mak nur call, dia kata nenek sakit. Pastu babah lagi call, dia suruh nur balik dengan kak eja ( sepupu ). Dah nur nak mandi, ada call lagi dari mak. Mak kata " nenek dah sik ada.." aku pun terkejut... terdiam..

Innalillahi wa'inalillahirojiun....

Nur mandi pun entah mandi apa lah masa tu, sebab nak cepat. Beli tiket pun emergency guna duit cousin 3 ratus lebih...  Mahalnya. Tapi takpe, janji cepat sampai miri. Start nur balik, nur terus gi umah mak ngah gi tahlil arwah. Dari situ, babah nur baru merasa seperti apa yang mak rasa. sama-sama dah jadi anak yatim.  Nur terfikir juga, suatu hari nanti, kalau ada ahli keluarga nur meninggal. Siapalah yang nak mandikan. Nur mahu belajar mandikan jenazah tapi nur tak tahu nak belajar dengan siapa. Sebab nur tidak berapa mesra dengan orang.. ruginya. Insya'allah nur akan belajar juga cara mandi dan solat jenazah.... Rindu dengan nenek yang berjanggut panjang berwarna putih berikat dengan getah dan berkain sarung dan bertongkat. Rindu nak mendengar cerita kisah-kisahnya,, walau apa pun, semoga arwah nenek tenang di sana dan dipermudahkan urusan akhiratnya. Amin. Kami sentiasa merindu mu dan sentiasa mendoakan mu tenang di sana..~

ini perkuburan arwah nenek nur.



.


No comments:

Post a Comment