Bagi seseorang yang bertubuh montel
tentu pernah berasa bengang setelah berjuang
melakukan diet, tetapi berat badan tetap juga “maintain” tak turun.
Semuanya ini disebabkan adanya kesalahan yang sering kali tanpa sedari dalam
menjalankan proses diet. Akibatnya, berat badan
berada di dalam posisi yang tidak stabil dan lebih mudah untuk kamu
mengalami kenaikan berat badan. Dengan
itu, berikut merupakan kesalahan dalam
diet yang sering dilakukan ;
1. Mengurangi jumlah makan, bukan kekerapan
makan.
Perkara ini sering kali dilakukan oleh para
pelaku diet, dengan melepasi salah satu jam makan seperti sarapan atau makan
malam. Padahal sarapan penting sebagai energy utama untuk melakukan aktiviti
sepanjang hari dan dihindari pengambilan gula atau lemak berlebihan di saat
lapar. Lagipun makan secara teratur sekurang-kurangnya 3 hari sehari akan
meningkatkan metabolism tubuh yang membantu mengurangi berat badan kerana
proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah. Ia berbeza saat tubuh dalam
keadaan lapar, dimana metabolism secara semula jadi akan turun.
2.
Diet yang
mengehadkan pengambilan makanan tertentu
Diet yang menyarankan untuk tidak makan
karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil sayur-sayuran sahaja
tidak baik untuk kesihatan, kerana keperluan tubuh memerlukan vitamin dan
mineral saja tidak mencukupi,terutamanya pada usia masih remaja. Tubuh masih
memerlukan pengambilan kalori dan nutrient yang seimbang untuk menjaga
kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada makanan yang berlemak
sama sekali.
3.
Kalori
terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000
kalori setiap hari, sedangkan lelaki hanya memerlukan sekitar 2500 kalori.
Apabila kalori yang masuk dihadkan hingga sekitar 1000 kalori atau kurang, ia
akan menyebabkan rendahnya metabolism tubuh dan kamu mungkin akan mengalami
anemia.
4.
Tidak
berolahraga
Berolahraga atau bersenam boleh meningkatkan
metabolism tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, malahan
berat badan pun akan menjadi lebih cepat
turun. Jika tidak bersenam, sia-sia lah berdiet sehari tapi tetap maintain.
Kena usaha lebih jika ingin kurang berat badan… J
5.
Pengambilan
salad
Pengambilan salad memang baik, namun patut
diingatkan bahawa “mayonnaise” yang
menyertai salad juga mengandungi lemak yang cukup tinggi.
6.
Tidak
Minum Susu
Pengambilan susu setiap hari tetap diperlukan,
terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang
dan melengkapi nutrient tubuh.
7.
Berat
Badan turun drastik
Sebaiknya berat badan turun tidak lebih dari 1
hingga 2 kg dalam seminggu kerana dapat menimbulkan komplikasi kesihatan yang
lain, seperti hati dan ginjal, yang dipaksa untuk bekerja lebih keras untuk
menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Situasi ini boleh mengganggu
kesihatan kamu.
No comments:
Post a Comment