Friday, 12 October 2012
Hari ke-100 nenek tersayang~
Views
Mak nur kata, hari ni adalah hari ke-100 arwah nenek nur meninggalkan dunia 13.10.2012. Arwah nenek meninggal pada 5 julai 2012. Bila di kenang balik macam tak percaya je nenek dah takde.. Last nur berjumpa dengan nenek sebelum nur balik ke kuching. Bakal tunang nur pun sempat berjumpa dan kami bersembang dengan happy nya. Arwah nenek nampak macam sihat je masa tu. Sempat buat cerita lawak. cuma penglihatan aje dah tak nampak. Nur masih teringat, nur pergi hantar makanan kat nenek. Nur masih ingat, masa kami tak ada makanan sedap nak di masak. Nur cuma mampu goreng ikan dan telur je untuk arwah. Kesiannya. serba salah rasanya, nak buat macam mana masa itu, itu je yang termampu. Takpe, janji nenek makan dan tak lapar. Semasa arwah tidur di rumah nur.. nenek selalu bangun tengah malam, cari makanan.. dia lapar. Nur temankan.. Rindu..
..........sampai hari ini. Adik bongsu nur tak abis-abis sebut nama arwah nenek. Dalam sehari tak sah kalau tak sebut nama arwah dengan panggilan " nek sen " . Ermm..Nur sedih sangat, sebab nur tak sempat jumpa arwah pada saat akhirnya. Mak ada cakap, semasa di wad hospital. Nenek aktif bergurau. Sempat lagi nak minta makan dari masakan anaknya. Dekat mak nur, nenek nak makan sayur lobak putih dan sup ayam. Dia minta sikit aje , janji tercapai niat nak makan katanya. Dekat mak ngah nur, dia nak makan bubur. Dia suka makan bubur mak ngah. Yang lain nur tak ingat. Mak nur sedih sebab tak dapat tunaikan apa yang di pinta oleh nenek. Mak nur ada kata, nenek ada berkata " masa ku dah mok dekat dah tok " .. makin sebak rasa hati. Nur berada di kuching dah risau. Mak nur call, dia kata nenek sakit. Pastu babah lagi call, dia suruh nur balik dengan kak eja ( sepupu ). Dah nur nak mandi, ada call lagi dari mak. Mak kata " nenek dah sik ada.." aku pun terkejut... terdiam..
Innalillahi wa'inalillahirojiun....
Nur mandi pun entah mandi apa lah masa tu, sebab nak cepat. Beli tiket pun emergency guna duit cousin 3 ratus lebih... Mahalnya. Tapi takpe, janji cepat sampai miri. Start nur balik, nur terus gi umah mak ngah gi tahlil arwah. Dari situ, babah nur baru merasa seperti apa yang mak rasa. sama-sama dah jadi anak yatim. Nur terfikir juga, suatu hari nanti, kalau ada ahli keluarga nur meninggal. Siapalah yang nak mandikan. Nur mahu belajar mandikan jenazah tapi nur tak tahu nak belajar dengan siapa. Sebab nur tidak berapa mesra dengan orang.. ruginya. Insya'allah nur akan belajar juga cara mandi dan solat jenazah.... Rindu dengan nenek yang berjanggut panjang berwarna putih berikat dengan getah dan berkain sarung dan bertongkat. Rindu nak mendengar cerita kisah-kisahnya,, walau apa pun, semoga arwah nenek tenang di sana dan dipermudahkan urusan akhiratnya. Amin. Kami sentiasa merindu mu dan sentiasa mendoakan mu tenang di sana..~
ini perkuburan arwah nenek nur.
.
Kontrak cinta
Views
Di bawah ni, ada FULL MOVIE
" Kontrak Cinta "
music yg dimainkan:
Pemain Cinta (
Hanya inginkan kau tahu ( Republic )
Bukan Cinta biasa ( Afgan )
Berganti Hati ( Anggun )
Siapa yang ada lihat cekerama tv3 KONTRAK CINTA ni ?
nur tak lihat kat tv tapi nur menonton cerita tu download kat youtube . Bestnya~ cerita kontrak ini dilakonkan oleh
fahrin Ahmad sebagai harris, Fasha sandra
sebagai karmila, fizz fairus sebagai
kawan kepada harris tu tadi dan fauziah nawi sebagai Datin mariam ( ibu harris ) dan zaidi
omar sebagai dato malik ( ayah harris ).
Tetapi harris tak nak kahwin juga, jadi sekawan datin
tersebut mengatakan bahawa harris adalah seorang GAY . Ibunya mula risau dengan
mimpinya. Terjaga datin dari tidur, lalu bangunkan suaminya hanya kerana nak
bincangkan tentang mimpinya tadi. Yg lucunya, suaminya jawab dengan bunyi kentut
..“prooottt”dan berbincang di ruang tamu. Keesokan harinya, ibunya bertanya
dengan harris samada harris GAY atau tidak.
Dari situlah, ayah harris ingin harris mencari wanita untuk dijadikan
isterinya sebelum ibunya menjodohkan harris dengan sepupunya juliana dan
sebagai bukti bahawa harris bukan seorang gay. Hehehe..
Pada hari itu, Karmila dan adiknya kehilangan seorang yang
amat di cintai iaitu ibunya. Karmila seorang kakak yang bekerja sebagai senior chef dan berpelajaran.Setelah
pemergian ibu dan ayahnya, karmila telah menanggung perbelanjaan adiknya yang
masih belajar dan karmila juga ingin pertahankan café arwah ibubapanya. Café tersebut
amat bermakna buat karmila dan adiknya. Kerana café dibina dari ibubapa karmila
bercinta hingga berkahwin dan sehingga sekarang. Disebabkan kewangan meleset
sikit, karmila rancang ingin wat pinjaman untuk selamatkan cafenya dari dijual.
Karmila pun buat proposal untuk meyakinkan agar proposalnya hendak loan tadi di
terima tetapi, lain pulak jadinya. Harris ( CEO ) dan kawannya sedang berbual tentang hendak mencari pasangan tetapi masih lagi tidak menarik
minat untuk harris terima kerana harris fobia dengan wanita . Harris takut
dapat isteri seperti perangai ibunya
yang kuat pada pendiriannya.
Dari situ lah, harris mengambil keputusan untuk terima
proposal karmila dengan satu perjanjian
, karmila mesti menyamar jadi teman wanita harris pada masa makan malam
tersebut. Setelah Berjaya menyamar, harris akan uruskan hal skim loan karmila. Setelah
kenal punya kenal. Harris minta tolong karmila menyamar lagi untuk jadi
isterinya. Dalam kenalan, karmila seperti mempunyai harapan dan rasa sayang dekat
harris. Dalam masa yang sama, harris juga berperasaan seperti apa yang dia
rasakan.
Tetiba menyerang ke office harris kerana pinjaman loan nya
di tolak kerana karmila dah jadi tunang kepada harris. Pada masa itu, mereka
bertengkar dan membatalkan perkahwinan.
Tetapi karmila merasa sedih bukan kerana kehilangan pinjaman tetapi
sedih kerana kehilangan harris. Harris juga duduk termenung, … lalu ayah harris
cuba tenangkan fikiran harris dengan berbincang. Ayah harris berkenan dengan
karmila. Dia suka harris berkahwin dengan karmila.
Part yang nur suka, semasa ayahnya ceritakan tentang
hidupnya dekat harris. Ayahnya tahu, sikap ayahnya seperti takut bini agak
tidak sesuai..lalu ayahnya berkata dekat harris.. “mengapa ayah sanggup mengalah kerana mak harris sebab apa ayah memang cintakan mak harris..”.
Dari situ, harris mula buka mata hati nak berbalik dengan karmila. Tetapi
ayahnya suruh harris selesaikan dengan cara harris. Semasa perjumpaan dengan
karmila, harris tunaikan balik loan karmila dengan wang nya. Dan harris jadi
membatalkan loan nya. Pada masa tu, rupa karmila pun seperti redha dengan apa
yang berlaku. Kemudian harinya,
selepas karmila dan adiknya ambil loan
dari bank. Ada seorang lelaki mengekori mereka dari belakang. Kemudian, karmila
dan adiknya berpecah. Dalam perjalanan ke kereta, pencuri tersebut nak curi
handbag karmila. Akibat mempertahankan handbag nya, karmila telah di cucuk
dengan pisau. Pada masa itu juga, hari perkahwinan harris. Perkahwinan itu pun terpaksa dibatalkan
kerana harris mahukan karmila jadi isterinya. Di wad hospital, harris telah
mengetahui bahawa karmila amat mencintainya harris setelah diberitahui oleh
adik karmila. Harris jug menangis dan agak tak percaya yang mereka sama-sama
saling mencintai dalam diam. Dari situ, harris ambil keputusan berjanji nak
karmila jadi isterinya.
Setelah itu, …mereka pun kahwin . Karmila juga mengandung
dan bahagia dengan keluarga barunya . Karmila dan adiknya gembira kerana mereka
dapat pertahankan café ibubapanya dan teruskan bisnes cafenya. TAMAT~ hehhe
KONTRAK CINTA.. ?
Nur pandai tersenyum bila mengenang nama kontrak cinta.
Sebelum nur bertekul dengan sii dia,
kami berdua pernah alami kontrak cinta di atas terpaksa kerana seseorang. Masa
tu, masing-masing ada masalah dengan couple masing-masing. Nur break up dengan
ex.bofren nur masa tu dan sii dia pun break up dengan ex.gelfren dia juga. Hurmm..
cam pelik jer..sama jer.. Dari kawan ke
kontrak cinta, dari kontrak cinta ke break up. Dari break up kami mula lagi
dengan ber-couple. Dan sekarang, dari
ber-couple ke di reserve ( bertekul /
dirisik ).. Then next, nur hope ke jinjang pelamin dan seterusnya.. insya’allah..
<(^_^)>
KESILAPAN si montel DALAM BERDIET
Views
Bagi seseorang yang bertubuh montel
tentu pernah berasa bengang setelah berjuang
melakukan diet, tetapi berat badan tetap juga “maintain” tak turun.
Semuanya ini disebabkan adanya kesalahan yang sering kali tanpa sedari dalam
menjalankan proses diet. Akibatnya, berat badan
berada di dalam posisi yang tidak stabil dan lebih mudah untuk kamu
mengalami kenaikan berat badan. Dengan
itu, berikut merupakan kesalahan dalam
diet yang sering dilakukan ;
1. Mengurangi jumlah makan, bukan kekerapan
makan.
Perkara ini sering kali dilakukan oleh para
pelaku diet, dengan melepasi salah satu jam makan seperti sarapan atau makan
malam. Padahal sarapan penting sebagai energy utama untuk melakukan aktiviti
sepanjang hari dan dihindari pengambilan gula atau lemak berlebihan di saat
lapar. Lagipun makan secara teratur sekurang-kurangnya 3 hari sehari akan
meningkatkan metabolism tubuh yang membantu mengurangi berat badan kerana
proses pembakaran lemak dan kalori lebih mudah. Ia berbeza saat tubuh dalam
keadaan lapar, dimana metabolism secara semula jadi akan turun.
2.
Diet yang
mengehadkan pengambilan makanan tertentu
Diet yang menyarankan untuk tidak makan
karbohidrat atau lemak sama sekali, dan hanya mengambil sayur-sayuran sahaja
tidak baik untuk kesihatan, kerana keperluan tubuh memerlukan vitamin dan
mineral saja tidak mencukupi,terutamanya pada usia masih remaja. Tubuh masih
memerlukan pengambilan kalori dan nutrient yang seimbang untuk menjaga
kesihatan. Pilihlah makanan yang rendah lemak daripada makanan yang berlemak
sama sekali.
3.
Kalori
terlalu rendah
Untuk perempuan, tubuh memerlukan sekitar 2000
kalori setiap hari, sedangkan lelaki hanya memerlukan sekitar 2500 kalori.
Apabila kalori yang masuk dihadkan hingga sekitar 1000 kalori atau kurang, ia
akan menyebabkan rendahnya metabolism tubuh dan kamu mungkin akan mengalami
anemia.
4.
Tidak
berolahraga
Berolahraga atau bersenam boleh meningkatkan
metabolism tubuh yang membantu proses pembakaran lemak dan kalori, malahan
berat badan pun akan menjadi lebih cepat
turun. Jika tidak bersenam, sia-sia lah berdiet sehari tapi tetap maintain.
Kena usaha lebih jika ingin kurang berat badan… J
5.
Pengambilan
salad
Pengambilan salad memang baik, namun patut
diingatkan bahawa “mayonnaise” yang
menyertai salad juga mengandungi lemak yang cukup tinggi.
6.
Tidak
Minum Susu
Pengambilan susu setiap hari tetap diperlukan,
terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana dapat menguatkan tulang
dan melengkapi nutrient tubuh.
7.
Berat
Badan turun drastik
Sebaiknya berat badan turun tidak lebih dari 1
hingga 2 kg dalam seminggu kerana dapat menimbulkan komplikasi kesihatan yang
lain, seperti hati dan ginjal, yang dipaksa untuk bekerja lebih keras untuk
menggantikan cadangan glukosa dalam darah. Situasi ini boleh mengganggu
kesihatan kamu.
TAHUKAH KAMU ? Wanita….
Views
o TAHUKAH KAMU ? Wanita….
o TAHUKAH KAMU ? Wanita….
Bila seorang perempuan mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis
di dalam hatinya.
Bila seorang perempuan tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan
hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab
itu ramai perempuan yang patah hati bila hungan mereka putus di tengah jalan )
Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dengan
seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia
sedang keluar dengan lelaki lain.
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat ~ J
Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, Tolak cintanya dengan lembut, Jangan berkasar sbeab ada satu
semangat dalam diri perempuan yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan, dia akan lakukan apa saja.
Sekiranya seorang gadis mula menjauhi diri
darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Dari segi muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ini langsung tak berguna.
TAHUKAH KAMU ?? Lelaki….
Views
TAHUKAH KAMU ?? Lelaki….
Ø
Kemeja lelaki mempunyai butang di bahagian
kanan, manala kemeja wanita mempunyai butang di bahagian kiri.
Ø Pada usia tua, wanita mengalami pencambahan
rambut. Manakala pada usia yang sama lelaki mengalami masalah kebotakan.
Masalah ini berlaku disebabkan produksi berlebihan dari hormone androgen.
Ø Wanita menghasilkan 2 juta sel telur selama
hidupnya sejak dari usia 4 bulan ketika di dalam kandungan la Manakala lelaki
akan terus menghasilkan sperma sehinggalah usianya meningkat tua.
Ø Lelaki sering memikirkan tentang gadis yang
meminati mereka tetapi ini tidak bererti mereka meminati gadis berkenaan.
Ø Kaum lelaki sangat sayangkan ibu mereka.
Ø Fantasi kaum lelaki tiada hadnya.
Ø
Tinggi pasangan mereka lelaki tidak penting
bagi lelaki tetapi berat badan yang menjadi ukuran.
Ø Lelaki jarang membuat keputusan muktamad.
Ø Lelaki tidak memilih rupa paras dalam mencari
teman wanita, tetapi kekemasan serta pandai membawa diri menjadi ukuran utama
dalam mencari pasangan.
Ø Lelaki sering kali mencari barang permainan
contoh patung atau dan lain-lain serta barangan yang mungkin menarik minat kaum wanita tetapi malang nya mereka
sering kali tersalah dalam memilih barang yang diidamkan.
Ø Menurut kajian 18-25% lelaki mengaku pernah
membayangkan hari pernikahannya.
Ø Rata-rata lelaki menonton televisyen selama 90
minit dalam sehari.
Ø Lelaki lebih senang menjadi perokok berbanding
wanita. Lelaki menghisap rokok sekurang-kurangnya 15 batang rokok sehari.
Ø 25% perokok lelaki baru dapat berhenti merokok
setelah mencubanya sebanyak empat kali.
Ø Lelaki sanggup buat apa saja dengan orang yang
dia cintai dan sayang.. Lelaki terkini ramai yang pandai memasak daripada
wanita. ( ok lah tu ) hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)