Saturday 13 August 2011

soto Ayam

Views
Assalamualaikum..

ENTRY kali ini berkenaan dengan masak memasak hehe… Masak “SOTO AYAM” ..nur dapat menu ni dari majalah DARA. So, jum nur tunjukkan cara nya..
mudah saja…
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan nya terlebih dahulu. Bahan-bahan nya seperti berikut :

BAHAN-BAHAN (A)
ü  1 ulas bawang besar
ü  3 ulas bawang merah
ü  ½ inci halia
ü  2 ulas bawang putih
ü  2 sudu rempah sup

BAHAN-BAHAN (B)
ü  200 gram isi ayam
ü  ¼ biji lobak merah
ü  4 tangkai sawi
ü  1 tangkai daun sup
ü  1 sudu bawang goreng
ü  4 keping tauhu kering
ü  20 gram soohoon goreng
ü  1 tangai daun bawang

Cara memasaknya :

1)       Tumis bahan-bahan A yang di kisar sehingga naik bau. Masukkan air untuk dijadikan Kuah.

2)     Didihkan sup tadi dan masukkan isi ayam yang di hiris. Masukkan Juga bahan-bahan perasa secukupnya.


3)     Kemudian , Masukkan sayur sawi Lobak merah dan tauhu kering. Bahan tersebut di potong kemas. Contoh tauhu di potong bentuk dadu, Lobak merah dipotong halus memanjang, sayur sawi di potong biasa2 macam selalu. Tahu kan.. ikut citarasa.   Selepas tu, didihkan.

4)      Selesai memasak, Tuangkan ke atas nasi impit yang di potong dadu. Taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng ke atas nya.

Selesai la memasak.

So, amacam ..? mudah kan, Bahan-bahan pun mudah di dapati.  Bagi pelajar macam saya tiada masalah la nak masakan soto ayam ni sebab bahan mudah didapati, masak nya mudah dan tak lama. Apa2 pun, “selamat mencuba”

No comments:

Post a Comment